"Buka pintu ni Sham!!" jeritan Pak Deris selaku penghulu kampung di luar pondok kecil di dalam sebuah ladang kelapa sawit. Sham menghalakan jari telunjuk ke bibirnya, menyuruh Sarah diam. "Tuk! Tuk ! Tuk ! Buka pintu ni Sham , aku tahu kau dekat dalam " teriak lagi penghulu kampung bersama beberapa orang kampung. Sarah semakin kecut perut memikirkan apa yang bakal terjadi. Tiba-tiba , "Gedebuk ! " pintu dapur pondok kecil itu terjatuh hasil tendangan penghulu kampung. Sarah mula cuak , dadanya sesak, fikirannya serabut. "Matilah aku kali ini" bisik hatinya,kepalanya mula memikirkan perasaan ibu bapanya , keluarga , anggapan kawan-kawanya. "Buk! Buk! Buk ! Satu persatu tumbukan dilayangkan penduduk kampung terhadap Sham, badanya naik lembik. "Ini kerja kau! Kira untung aku bagi kau duduk dekat kampung ini, konon mengaji dekat masjid , mengaji segala bagai tapi kau buat apa ni,?!!! Kau berzina?!. " Sham tidak menjawab , badanya longlai dibelasah. "Pak cik! Tolongla lepaskan kami, kami janji kami takkan buat lagi" pujuk Sarah dengan air mata mula merembes. " Masa tengah buat kau tak fikir akibatnya,sekarang kau tanggung! ".balas Pak Deris, penghulu kampung itu. " Kalau anak pakcik yang kene tangkap basah macam ni, apa pakcik rasa ?" bentak Sarah. " Pangggg!!! " satu tapak tangan singgah dimukanya . " Kurang ajar !".
Sudah lima tahun perkara itu berlalu, namun masih segar dalam ingatannya. "Humm, apalah nasib aku" Sarah mengeluh sendirian tiap kali teringat kejadian itu. Mana tidaknya, dengan kejadian itu, barulah dia mengetahui bahawa Sham merupakan warga Indonesia. Sudah dua tahun menjadi hamba cinta lelaki itu, rupa-rupanya dia ditipu. "Adik, topup maxis lima ringgit" seorang pelanggan menyapa. Mukanya riak terkejut, terhapus semua kenangannya. "Sekejapnya bang," balasnya. Dia menuju ke rak untuk mengambil kupon topup yang diminta dan menyerahkan kepada pelanggan tersebut dengan senyuman manis. "Sarah, i tahu harini hari last you kerja disini. Tolong bagi tumpuan , jangan termenung saja " teguran Ah Kuan bosnya . "Baik bos! " tayang muka toya . Hari ini merupakan hari last Sarah bekerja kerana dia dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan di sebuah universiti terkemuka di Shah Alam.
"Lambat kamu balik Sarah?,banyak customer ke harini?" En.Karim menegur anak gadisnya. Meskipun , anakya itu telah menconteng arang ke mukanya, namun jiwa lelakinya masih menerimanya walaupun Sarah hanya seorang anank angkat. "Oh, ayah! Terkejut Sarah." senyum Sarah pada ayah angkatnya itu. "Haah, ramai sangat customer , biasalah hari ni kan orang gaji, ramailah yang datang kedai itu." jawab Sarah dengan mata kuyu. Mana tidaknya customer tetap bosnya arini ramai , tak senang duduk dibuatnya. " Sarah masuk dulu ayah ." meminta izin kepada ayahnya lalu menunduk tanda hormat apabila lalu dihadapan En,Karim. "Yalah, rehat cukup-cukup. Ahad ini dah bertolak ke Shah Alam ". Pesan En.Karim dan dibalas oleh anggukan Sarah.
" Lambat balik anak kesayangan awak tu?" sindir Pn.Lisa kepada suaminya. Apa tidaknya . Sangkanya suaminya menonton televisyen kerana apabila dia tersedar didapati suaminya tiada disisi tetapoi rupanya diluar menunggu Sarah pulang. " Biasalah Sarah tu, kalau tak jejak dua belas malam takkan tutup kedai telepon bimbit Ah Kuan itu." balas En.Karim sambil mengeluh. " kalau tak tunggu dia, sapa nak buka kan pintu nanti, nak harapkan awak? Memanjang berdendam dengan budak itu." tambah perisa lagi En.Karim.
"Manjakan sangat anak awak tu, dia dah conteng arang kat muka kita pun awak nak bela dia lagi, awak ingat ya. Dia tu anak kakak saya, anak angkat saja. Anak sendiri pun , awak abaikan sebab budak itu " herdik Pn.Lisa dengan suara yang tinggi mengharap Sarah mendengar kata-katanya. " Astagfirullahalazim yang ! Apa awak cakap ni.? Saya sayang Sarah tu sama saja dengan anak-anak saya. Tidak ada yang lebih atau kurang sayang " terang En.Karim kepada isterinya, sakit dadanya mendengar herdikan isterinya itu. Dalam masa yang sama, Sarah mendengar perbualan itu, dia tahu ibunya menyindirnya. Air mata mula mengalir ke pipi, sampai hati ibunya. Sudah lima tahun , tetapi inikah yang perlu ditempuhnya. Hatinya reda kerana semuanya berpunca daripada dirinya. "Sudahla pergi tidur, saya nak kunci pintu " malas mahu bertekak dengan isterinya.
"Ku meniti awan yang kelabu ku tempuhi lorong nan berliku " bunyi kuat lagu Sudirman itu menyebabkan Sarah tersedar daripada tidur. "Sarah ! Bangun ! " teriak Pn.Lisa mengejut Sarah sambil tangannya giat membilas baju dalam bilir air. Terus tegak badannya apabila namanya diseru begitu. Pn.Lisa keluar daripada bilik air dan menuju ke bilik Sarah "kau tak tahu jam dah pukul berapa? Tak reti lagi ke nk bangun? Tolong aku buat kerja rumah. Esok kau dah tiada , senang lenanglah kau kat sana.!" bebel Pn.Lisa sambil cekak pinggang terhadap Sarah. Hatinya sakit bila Sarah masih lagi tidur. "Ala , ibu ni tak sporting langsung, baru nak rehat" jawab Sarah tanpa rasa bersalah. " Bangun, Nurul Sarah! " pekik Pn.Lisa sambil membaling bantal terhadap Sarah. Tanpa melawan lagi, Sarah bergegas mengambil tuala dan disangkut dibahu,dan mula mengemas katilnya. Apabila sudah puas mengemas biliknya, dia terus menuju ke bilik air.
"Pak cik nak pergi universiti ni boleh tak ? " sapa Sarah kepada Pakcik teksi di seksyen 17 sambil menunjukkan sekeping kertas . Pakcik itu mengambil lalu melihat di atas kertas lalu membalas pertanyaan Sarah dengan anggukan.






